Di saat Doraemon dihantar ke rumah Nobita melalui laci kecil di meja belajar Nobita,
meja tersebut bergegar,
pengasah penselnya bergegar,
pen dan penselnya juga bergegar,
laci kecilnya bergegar.
Doraemon menampakkan diri untuk membuat Nobita gembira.
Misinya untuk membuat Nobita gembira.
Ya, sehingga Nobita betul-betul gembira.
Selepas itu Doraemon perlu dihantar pulang.
Itu misinya.
Itu janjinya.
Sedih movie Doraemon ni. Tajuknya Stand by Me. Saya menitiskan air mata tatkala menontonnya. Berat hati cukup terasa melihat mereka berdua. Pada mulanya memang dah terasa nak menangis, tapi air mata ditahan sehingga bertakung. Ahh tidak boleh bertahan lagi!
Lebih kurang satu jam setengah movie itu berlangsung. Saya sebak. Saya rasa sangat terharu. Dan saya terfikir untuk coretkan sesuatu buat artikel tahun baharu ini.
Kalian akan dibekalkan beberapa alat Doraemon sepanjang ‘perjalanan’ kalian membaca artikel tahun baharu ini. Jangan risau, saya akan cuba terangkan rupa alat ini dan fungsinya supaya kalian faham. Kalian akan diberikan beberapa alat untuk membantu kalian mencapai azam atau misi tahun baharu yang kalian sendiri rancangkan. Sekarang bantulah saya dengan menulis atau memikirkan satu azam baharu kalian yang paling utama. Mohon kalian spesifikasikan azam tersebut supaya mudah untuk saya sesuaikan dengan alat Doraemon yang bakal saya ‘hidangkan’ kepada kalian.
Baiklah, fikirkan dan pegang pada satu azam yang spesifik itu. Bersedia?
1) Telecopter!
Alat ini sangat lazim dalam cerita Doraemon yang mungkin kalian pernah tonton sebelum ini. Alat ini nampak mudah dan ringan. Kalian letakkan sahaja di atas kepala dan kalian boleh pergi ke mana-mana sahaja! Pada mulanya Nobita kelihatan menghadapi sedikit masalah untuk mengimbangkan badannya, tetapi saya yakin kalian akan mahir menggunakan alat ini. Jadi berbalik kepada azam kalian, sekiranya kalian berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, kalian boleh pasangkan alat ini dan terbang ke mana sahaja yang kalian inginkan. Sap sup sap! Kalian kini tiba di destinasi tersebut!
2) Pintu ke mana-mana sahaja!
Pintu ini yang saya tahu warnanya merah jambu. Kalian hanya perlu sebutkan nama tempat dan buka pintu ini. Kalian akan terus melangkah ke tempat yang ingin ditujui. Jimat masa, jimat tenaga, kan? Pintu ini sangat berguna kalau kalian kesuntukan masa, contohnya sekiranya kalian lewat ke kelas, kalian boleh gunakan pintu ini untuk ke kelas dalam masa kurang daripada 1 saat. Ok tu tak logik. Lebih kurang 5 saat?
3) Invisible cape!
Haaaa ini sangat menarik. Invisible cape ini macam yang Superman dan superheroes lain pakai. Selalunya warna merah untuk Superman, tapi Invisible cape Doraemon ini lut sinar. Sebaik sahaja kain ini dipakai, kalian akan jadi halimunan, jadi saya pun tak dapat nampak kalian. Jadi sekiranya azam kalian ialah untuk bersedekah, orang lain tak akan nampak kalian. Hebat kan!
4) Speed winder!
Mungkin alat ini agak sukar untuk saya ceritakan. Kalau kalian boleh bayangkan, sesetengah alat mainan kanak-kanak diletakkan satu jenis alat yang boleh dipusing untuk menggerakkan alat mainan itu. Alat itu berbentuk ‘kunci’ dan perlu dipusing sehingga ketat. Speed winder Doraemon ini diletakkan di bahagian belakang, tengah-tengah tulang belakang dan pusingkan untuk membuatkan kalian bergerak dengan lebih pantas. Jadi contohnya azam tahun baharu kali ini ialah untuk siapkan assignment dengan lebih cepat sebelum deadline, jadi alat ini dapat membantu kalian untuk menyiapkannya dengan lebih pantas!
5) Bring-It-Bag
Beg ini macam beg tangan wanita, tali beg macam diperbuat daripada mutiara jadi para ikhwah mungkin kurang sesuai untuk menggunakannya. Tapi tak apa, sebab fokus kita ialah untuk dapatkan sesuatu, iaitu mencapai azam tahun baharu kita, jadi rupa beg tangan ini tidak menjadi masalah! Beg ini boleh digunakan untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati. Kalau kalian tengah mencari sesuatu, beg ini sangat berguna kerana kalian boleh terus dapatkan barang tersebut dalam beg ini.
******
Baiklah, saya sudah sediakan lima alatan Doraemon. Semuanya datang dari poket kecilnya. Maaf kalau idea ini terlalu futuristik, tetapi sebenarnya saya nak mengajak diri sendiri dan kalian untuk berfikir tentang mesej yang ingin saya kongsikan. Walaupun sewaktu menulis artikel ini mata saya masih lagi sedikit lebam sebab menangis tadi, marilah sama-sama berfikir.
Sesetengah orang akan menyediakan senarai azam baharunya sempena tahun baharu yang bakal tiba. Sesetengahnya tidak menyediakan senarai dan lebih gemar untuk pergi dengan aliran (baca: go with the flow). Saya menghormati kedua-kedua tindakan itu dan saya percaya, ada banyak lagi rancangan kalian yang lain tentang azam tahun baharu. Mungkin ada yang ingin menyambung azam tahun lepas, dua tahun lepas atau tahun-tahun akan datang, terpulanglah. Itu tidak menjadi masalah.
Jangan terkejut atau berasa malu sekiranya azam tahun baharu kalian bersifat ‘lama’ atau tidak masuk akal, kerana semuanya in shaa Allah dapat diusahakan. Kita kan ada lima alat Doraemon tadi? Ok berbalik kepada mesej yang ingin saya sampaikan. Azam yang kita pasang, yang saya pasang, yang kalian pasang, apa sahaja, oleh sesiapa sahaja, maka teruskan. Jangan malu untuk berazam. Cuma saya ingin cadangkan satu azam baharu untuk kalian. Saya berharap kalian akan masukkan azam ini dalam senarai azam tahun baharu kalian, soft copy, hard copy, di mana-mana sahaja tempat kalian simpan azam itu. Azam yang saya ingin kalian tahu ini tak begitu susah, tak begitu senang. Azam ini tak memerlukan duit yang banyak. Azam ini tak memerlukan tenaga atau keringat. Azam ini hanya perlukan kesungguhan dan keikhlasan.
Dan azam itu ialah, kita berazamlah untuk meletakkan niat yang sebetulnya untuk setiap azam tahun baharu yang kalian azamkan.
Letakkan niat dalam setiap azam yang kalian senaraikan.
Berilah azam-azam tersebut niat yang selayaknya.
Kalian percaya atau tidak, sekiranya kalian masukkan azam ini, iaitu untuk meletakkan niat yang betul bagi setiap satu azam kalian, kalian akan peroleh lebih daripada satu ‘hasil’ bagi setiap azam yang berjaya dicapai? How so?
Begini, pada awal entri ini, kalian dipaksa membaca alatan Doraemon yang saya senaraikan, sebab saya masih lagi terbawa-bawa dengan mood sedih selepas menonton movie tersebut. Alatan tersebut hanyalah analogi kepada usaha kalian. Alatan tersebut ialah simbolik kepada usaha kalian sebab saya pasti kalian akan melakukan apa sahaja untuk mencapai azam kalian kan? Selalunya kita memang berusaha, dengan harapan untuk mencapai sesuatu matlamat. Lagi cepat kita berjaya melakukannya, lagi bagus. Ya, itulah yang selalu saya alami. Tapi saya sebenarnya kurang mencari makna disebalik apa yang saya lakukan. Saya mungkin memakai ‘telecopter’ sebagai jalan pantas, tapi diakhirnya apa lagi yang saya dapat?
Dengan izin Allah, kalian akan berjaya mencapai azam yang kalian targetkan. Sekiranya kita niatkan untuk siapkan assignment dengan cepat, kalian memang tak mempunyai speed winder tapi kalian sudah pasti akan buat research, jumpa lecturer, tanya kawan-kawan, berdoa kepada Allah untuk permudahkan proses kerja kalian untuk assignment kali ini. Ya, itulah kebiasaannya. Dan akhirnya in shaa Allah, Allah sampaikan kalian pada titik hasil di mana kalian berjaya siapkan assignment tersebut. Alhamdulillah siap. Jadi di sini, kalian dapat apa yang kalian usahakan.
Tapi wahai sahabat, sekiranya kita letakkan niat yang sebetulnya sepanjang proses tadi, in shaa Allah, kita akan dapat lebih daripada sekadar menyelesaikan satu assignment sebab kita akan dapat apa yang kita niatkan, dengan izin Allah. Niat lebih daripada sekadar untuk siapkan assignment tadi. Tak kiralah apa saja usaha kita untuk mencapai azam itu, berniatlah.
Telecopter, pintu ke mana-mana sahaja, invisible cape, speed winder, bring-it-bag, apa sahaja yang kita ada, ambil lah masa untuk memperbetul niat seketika. Contohnya kes assignment tadi. Niatkan untuk ditambahkan ilmu yang bermanfaat dan direzekikan kefahaman, niat supaya Allah redha dengan usaha kita yang sangat kecil berbanding rahmat Allah yang tak dapat dilihat dengan mata kasar dan niat supaya diri sendiri dan orang lain dapat belajar dan beroleh manfaat daripada apa sahaja outcome daripada assignment tersebut.
Muhasabah diri dan cuba fikirkan, apakah tujuan sebenar dan apa yang ingin dicapai dengan azam ini? Sekiranya kita dapat pasangkan niat yang betul sepanjang perjalanan itu, in shaa Allah, banyak ‘tangkapan’ yang kita boleh peroleh daripada As-Samad, the Satisfier of all needs. Kita juga akan berfikir dua atau tiga atau empat kali untuk menyerah kalah semasa berusaha kerana adanya niat-niat yang kita pasangkan pada titik permulaan tadi.
Saya nak mengajak diri sendiri dan kalian semua untuk fikirkan azam baharu saya tadi; untuk meletakkan niat yang betul bagi setiap satu azam yang kita ingin capai. Saya doakan kita ingat untuk mempunyai ‘azam’ ini untuk apa sahaja azam yang kita ada. Semestinya azam yang diniatkan kerana Allah akan menjadi azam yang diberkati, in shaa Allah. Dan sudah pasti azam itu baik, sebab macam tak logik untuk berazam benda yang tidak baik, tapi niat kerana Allah. Ok itu macam pelik.
Saya memohon maaf sekiranya entri ini mengguris hati mana-mana pihak. Sebenarnya melalui penulisan ini, saya mengingatkan diri sendiri juga. Sewaktu perbualan dengan seorang sahabat saya, beliau mengingatkan saya tentang kepentingan niat. Apa sahaja amalan yang saya lakukan, beliau berpesan supaya saya berniat kerana dari kecil lagi, kita memang diajar untuk berniat. Tetapi sayangnya kita selalunya berniat untuk ibadah khusus macam solat dan puasa, sedangkan niat perlu diletakkan untuk semua perkara dan amalan yang kita lakukan.
In shaa Allah, dengan niat yang jelas, kita akan lebih terpanggil untuk berusaha keras! Ini hadis Rasulullah SAW tentang niat (saya pasti kalian memang familiar dengan hadis ni.) Hayatilah maksudnya, sebab inspirasi isi kandungan entri azam tahun baharu ini saya peroleh daripada hadis ini.
Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya:
Saya berdoa kita semua bersemangat untuk niatkan yang baik-baik untuk SETIAP azam tahun baharu yang ingin dicapai."Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : "Bahawasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan bahawasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia dinikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Tajuk besar artikel ini seharusnya saya tukar.
Bukan AZAM TAHUN BAHARU tetapi NIAT UNTUK AZAM TAHUN BAHARU.
Usahalah semampu baik kalian dan semoga rahmat dan barakah Allah mengiringi usaha hamba-hamba-Nya.
Saya akan membaca artikel ini untuk peringatan diri sendiri sekali lagi.“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
(Surah Al-‘Ankabut: 69)
Selamat memasang dan memperbaharui niat kalian.
Semoga Allah redha.
Butiran Penulis:
Nama pena: Adik Kita
Bidang pengajian: English Language and Linguistics
Tempat belajar: University of Kent, Kent, United Kingdom
Tiada ulasan:
Catat Ulasan