"Bahasa jiwa bangsa." Peribahasa Melayu ini adalah salah satu daripada pelbagai peribahasa dari pelbagai bahasa yang mengaitkan bahasa dengan sifat sesuatu bangsa itu sendiri. Dalam bukunya Through the Language Glass, Guy Deutscher membentangkan beberapa cara bagaimana sesuatu bahasa boleh mempengaruhi penutur bahasa tersebut. Salah satu aspek yang dibincangkan ialah aspek persepsi warna. Aspek ini juga menjadi tumpuan artikel ini.
Lihat gambar spektrum warna di atas. Spektrum warna ialah sesuatu yang berterusan, di mana tidak wujud garis pemisah yang jelas antara satu warna dan satu warna yang lain. Ambil contoh warna biru dan hijau. Bergerak dari biru ke hijau, kita tidak boleh melukis dengan mudah di mana biru berakhir dan hijau bermula. Atas sebab ini, penggarisan sempadan antara dua zon warna boleh dilakukan dengan sesuka hati. Sesetengah bahasa melukis garis sempadan antara dua zon lebih dekat antara satu sama lain berbanding dengan bahasa-bahasa lain. Ini menjadikan pembahagian warna mereka lebih halus, dan kosa kata warna mereka lebih kaya.
Dalam gambar di atas, kita lihat pembahagian zon antara biru dan hijau yang dilakukan oleh tiga bahasa. Dalam Tarahumara, tiada pembahagian pun antara biru dan hijau. Ini bermakna, keseluruhan warna dalam zon tersebut dipanggil menggunakan satu istilah, "siyóname". Hijau itu siyóname, dan biru pun siyóname. Bahasa Rusia pula membahagikan lagi zon biru kepada dua warna, iaitu "siniy" dan "goluboy". Maka, kalau kita terkejut dengan kekasaran pembahagian warna Tarahumara, bagi penutur bahasa Rusia pun, pembahagian warna bahasa Melayu itu kasar. Siniy itu biru, dan goluboy pun biru.
Melalui beberapa eksperimen yang dipetik dari buku Deutscher, kita akan melihat bagaimana kekayaan kosa kata warna boleh mempengaruhi persepsi warna seorang penutur sesuatu bahasa.
Eksperimen pertama
Eksperimen pertama dijalankan pada tahun 1984 oleh Kay dan Kempton. Peserta diberikan tiga cip, contohnya A, B dan C, yang warna mereka berada pada sempadan biru-hijau, yang bermaksud cip biru kelihatan kehijauan dan cip hijau kelihatan kebiruan. Mereka kemudian diminta untuk memilih mana satu cip yang dirasakan ganjil daripada tiga cip tersebut. Hasilnya, penutur bahasa Inggeris jauh lebih kerap untuk memilih cip C sebagai ganjil kerana warna cip C terletak di belah biru dari sempadan hijau-biru. Penutur Tarahumara (puak dari utara Mexico) yang tidak melakukan pembezaan hijau-biru tidak menunjukkan kecenderungan yang sama.
Ini satu pemerhatian yang menarik. Seperti yang dilihat dalam gambar di atas, sebenarnya jarak objektif antara warna cip A dan B adalah 1.27, lebih jauh daripada jarak objektif antara warna cip B dan C (1.00). Akan tetapi, penutur bahasa Inggeris merasakan sebaliknya. Pada persepsi mereka, jarak antara warna cip B dan C ialah 1.33 kali lebih besar daripada jarak antara warna cip A dan B. Kewujudan perkataan "blue" dan "green" di dalam kosa kata warna bahasa Inggeris mempengaruhi penilaian subjektif mereka terhadap jarak antara dua warna.
Akan tetapi, Kay dan Kempton mengakui yang terdapat kelemahan dalam eksperimen ini, kerana tugas dalam eksperimen ini agak samar. Boleh jadi bagi penutur bahasa Inggeris, ketiga-tiga warna pun agak sama dan mereka terpaksa bergantung kepada nama untuk memilih cip yang ganjil. Atas sebab warna cip A dan B kebetulan berada dalam sempadan hijau, dan C berada pada belah biru, maka penutur bahasa Inggeris mungkin memilih cip C sebagai ganjil hanya kerana nama dan bukan kerana pendapat subjektif yang jarak BC lebih dekat dari jarak AB. Penutur Tarahumara tidak mempunyai jalan penyelesaian ini dan atas sebab itu hanya terpaksa meneka sama ada cip A dan C (perlu diperhatikan yang ketiga-tiga cip ini berada dekat dengan sempadan biru-hijau dan warna mereka kesemuanya hampir sama). Masalah ini tidak juga dapat diselesaikan dengan meminta peserta bahasa Inggeris untuk tidak memilih menggunakan warna, kerana mereka berkeras mengatakan yang cip C memang betul-betul nampak lain daripada A dan B.

Eksperimen kedua
Eksperimen kedua dijalankan pada tahun 2008 oleh sekumpulan pengkaji dari Stanford, MIT dan UCLA dan melibatkan penutur bahasa Inggeris dan Rusia. Eksperimen dijalankan seperti berikut: Peserta perlu memutuskan sama ada dua warna yang dipaparkan pada skrin adalah identikal atau berlainan dan masa yang diambil untuk merespon direkod. Eksperimen ini berbeza dengan eksperimen pertama di
mana tidak ada kesamaran yang membuka peluang bagi peserta untuk memilih
menggunakan nama. Tugas peserta adalah mudah. Jika warna rujukan dan
objektif adalah identikal, tekan butang ya. Jika tidak, tekan butang ya.
Tugas ini melibatkan penglihatan dan pergerakan tangan.
Katakanlah, satu warna dari hujung kanan spektrum biru dibandingkan dengan satu warna dari hujung kiri spektrum biru. Tidak mengejutkan, penutur bahasa Inggeris dan penutur bahasa Rusia tidak mengambil masa yang lama untuk mengatakan yang dua warna ini tidak identikal, dan tiada perbezaan ketara pada masa yang diambil untuk membuat keputusan ini sama ada oleh penutur Inggeris mahu pun Rusia. Setakat ini, mudah. Leibh ketara kontras, lebih pantas masa reaksi. Akan tetapi, apabila kontras antara dua warna semakin kecil, dan membezakan antara dua warna dekat ini memerlukan lebih perhatian, perkara yang menarik berlaku.

Bagi penutur bahasa Inggeris yang tidak membezakan antara biru muda dan tua, yakni, kedua-duanya masih digolongkan dalam istilah biru, masa yang diambil tidak dipengaruhi oleh sama ada warna bandingan (lihat gambar atas) terletak pada sebelah yang sama atau yang lain dari warna rujukan, hanya jarak objektif yang memainkan peranan. Akan tetapi, bagi penutur bahasa Rusia yang memanggil biru muda “goluboy” dan biru tua “siniy”, respon lebih pantas jika warna bandingan terletak pada belah yang lain daripada warna rujukan, contohnya jika warna rujukan terletak pada belah siniy dan warna bandingan terletak pada belah goluboy.
Apa yang boleh disimpulkan di sini? Seperti telah disebut, keketaraan kontras warna menentukan kepantasan masa reaksi. Kalau penutur bahasa Rusia merespon lebih pantas apabila warna rujukan dan warna bandingan masing-masing berada pada belah yang berlainan pada sempadan siniy-goluboy, berbanding dengan apabila kedua-dua warna berada pada satu belah, ini bermaksud yang bagi penutur bahasa Rusia, terdapat perbezaan dari segi keketaraan kontras antara senario pertama dan senario kedua. Dalam erti kata lain, penutur bahasa Rusia nampak perbezaan yang lebih jelas dalam senario pertama. Penutur bahasa Inggeris tidak nampak perbezaaan dalam keketaraan kontras ini dan atas sebab itu, masa respon mereka tidak terpengaruh.
Akhirnya dapat dibuktikan, tanpa keraguan yang terdapat pada eksperimen pertama, yang membahagikan dan menamakan warna menyebabkan seseorang itu lebih sensitif kepada perbezaan antara warna-warna yang berlainan nama.
Eksperimen ketiga
Eksperimen ketiga dijalankan pada tahun 2006 oleh pengkaji dari Berkeley dan Chicago. Berbeza dengan kedua-dua eksperimen di atas yang membandingkan dua bahasa, eksperimen ini hanya menguji peserta daripada satu bahasa, iaitu bahasa Inggeris. Eksperimen ini dibina di atas dua pengetahuan, iaitu yang litar bahasa terletak pada hemisfera otak kanan, dan yang setiap hemisfera otak memproses masukan dari bidang pandangan yang bertentangan. Hemisfera kanan memproses masukan dari bidang pandangan kiri dan sebaliknya. Dari dua fakta ini, satu persoalan boleh diuji, iaitu sama ada kedudukan pemprosesan bahasa di hemisfera kiri mempengaruhi persepsi warna pada bidang pandangan kanan.
Untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan ini, eksperimen yang berikut dijalankan. Peserta diminta untuk menumpu terhadap pusat bulatan (yang ditanda dengan +). Bulatan itu sendiri terdiri daripada blok-blok berwarna warna sama melainkan satu blok yang berwarna ganjil. Blok-blok itu tadi ditempatkan sebegitu, supaya kesemuanya berada sama ada di kiri atau kanan bidang pandangan peserta apabila peserta memandang kepada pusat bulatan. Tugas peserta ialah untuk menekan butang kiri atau kanan, bergantung kepada kedudukan blok ganjil, dan masa reaksi peserta dirakam.
Sama seperti dalam eksperimen kedua, masa reaksi bergantung kepada jarak objektif warna ganjil daripada warna yang lain. Lebih ketara perbezaan, lebih pantas reaksi. Perhatian yang menarik dibuat apabila ujian dilakukan pada daerah sempadan antara dua warna, di mana blok ganjil terletak disebalik sempadan daripada blok-blok yang lain. Jika blok ganjil jatuh pada bidang pandangan kanan, reaksi peserta lebih pantas berbanding dengan jika blok ganjil jatuh pada bidang pandangan kiri. Eksperimen ini menunjukkan yang litar bahasa dalam hemisfera otak kiri mempengaruhi kelajuan reaksi peserta dalam mengesan perbezaan warna.
Eksperimen keempat
Eksperimen terakhir dilakukan oleh pengkaji dari Universiti Hong Kong. Eksperimen ini melibatkan imbasan MRI, di mana aktiviti neural diperhatikan melalui jumlah darah yang mengalir ke bahagian otak tertentu. Otak peserta diimbas sambil menjalankan tugas yang diberikan, iaitu memutuskan sama ada dua warna yang ditunjukkan pada skrin adalah sama atau berlainan. Enam warna digunakan, tiga yang mudah untuk dinamakan (merah, biru dan hijau) dan tiga lagi tidak. Jika warna-warna bandingan yang dipaparkan adalah daripada tiga warna mudah, dua bahagian spesifik pada hemisfera otak kiri menyala. Jika warna-warna daripada tiga warna yang sukar untuk dinamakan, maka bahagian otak tersebut tidak menyala. Untuk mengetahui fungsi bahagian otak itu tadi, pengeksperimen menyuruh peserta untuk menamakan beberapa warna yang dipaparkan di skrin, satu tugas yang betul-betul melibatkan litar linguistik otak. Seperti yang diagak, bahagian otak yang aktif apabila melihat warna yang mudah untuk dinamakan tadi menyala.
Daripada empat eksperimen tadi, kita dapat lihat yang persepsi warna benar-benar dipengaruhi oleh bahasa yang dituturkan. Jika sesuatu bahasa membezakan antara dua warna melalui nama yang berlainan, maka hasilnya persepsi penutur bahasa tersebut akan berbeza dengan penutur bahasa yang tidak melakukan pembezaan ini. Bagi penulis artikel sendiri, ia merupakan sesuatu yang menarik untuk membayangkan bagaimana warna dunia ini dari sudut pandangan penutur daripada pelbagai bahasa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan