Halaman

Sabtu, 30 April 2016

01001101 01100001 01101011 01101100 01110101 01101101 01100001 01110100

    





     Maklumat mungkin sekali merupakan blok binaan paling asas di alam semester ini, lebih asas berbanding zarah-zarah asas (fundamental particles) seperti boson atau fermion. Ini kerana semua objek yang wujud dapat dipecahkan dan dihuraikan dalam bentuk maklumat. Namun begitu, tidak seperti zarah-zarah asas yang wujud secara konkrit, maklumat sekadar wujud secara abstrak dalam bentuk binary, flip-flops dan betul-atau-salah.

     Ledakan dan kebanjiran maklumat yang berlaku kini banyak dibantu dan dimangkin oleh internet. Internet mencipta kebanjiran maklumat secara dwiarah, i.e. internet menyediakan akses kepada pelbagai jenis maklumat dengan mudah di hujung jari dan pada masa yang sama menyediakan platform untuk sesiapa sahaja menyumbang dan memuat naik isi kandungan dan maklumat ke dalam internet (seperti blog ini).


     Neil Postmann dalam Technopoly (1992) turut mendedikasikan dua bab untuk membicarakan secara khusus berkenaan maklumat, bab 4 The Improbable World dan bab 5 The Broken Defenses. The Improbable World membicarakan bagaimana perkembangan sains dan teknologi telah membawa satu masalah baru: kebanjiran maklumat (information glut) dan mengakibatkan kekacauan maklumat (information chaos). Masalah yang timbul dari kebanjiran maklumat menurut Postmann bukan berpunca dari kekurangan maklumat, tetapi kekurangan kemampuan untuk menganalisa dan meletakkan prioriti pada maklumat tersebut. Bab seterusnya The Broken Defenses menerangkan kepentingan untuk mengawal dan menghadkan maklumat supaya manusia dapat mencari makna dalam maklumat. Kurikulum universiti, mahkamah, keluarga, sekolah, parti politik, agama dan negara merupakan mekanisme untuk mengawal maklumat dan ini dilakukan dengan mengutamakan sebahagian maklumat dan menyisihkan sebahagian maklumat lain yang tidak relevan.

      Kita dapat lihat pada zaman sekarang bagaimana mekanisme pertahanan maklumat tidak dapat mengekang atau mengawal ledakan maklumat yang berlaku terutama yang bersumberkan internet. Meskipun internet membuka ruang untuk menerokai rimba maklumat, internet juga turut membuatkan orang ramai semakin lemas dan keliru tentang apa yang betul atau salah. Jika sebelum ini mereka biasa berpegang dengan satu pendapat pakar atau autoriti sesuatu bidang dalam sesuatu isu, kini mereka telah didedahkan dengan pelbagai jawapan (walaupun tidak sahih) berkenaan isu yang sama; untuk sesuatu fakta akan wujud anti-fakta, tesis dan anti-tesis walaupun tidak semua kepelbagaian pendapat merujuk kepada percanggahan pendapat.

     Kebanjiran maklumat turut mengaburkan garisan pakar/autoriti ilmu dengan amatur. Berbekalkan maklumat yang mudah di Internet, amatur percaya mereka dapat menyanggah pendapat dari pakar yang telah menerima bertahun latihan dan ilmu dalam sesuatu bidang. Kebangkitan golongan amatur ini dapat dilihat agak jelas dalam bidang agama  dan perubatan. Amatur bukan sahaja menerima maklumat tidak sahih dari internet, bahkan mereka turut sama menyumbang kekeliruan dengan memuat naik lebih banyak maklumat tidak sahih ke dalam internet. Blog, YouTube dan media sosial merupakan platform utama untuk menambah satu lagi versi ‚kebenaran‘ dalam lambakan ‚kebenaran‘ yang sedia ada.  

     Kemahiran logik, mantik dan critical thinking  merupakan alat minda yang penting untuk menilai dan menapis maklumat. Kemahiran logik membantu dalam proses menghubungkan maklumat, menilai, melakukan sintesis, membuat deduksi/induksi seterusnya menyimpulkan maklumat.  Selain itu, logik turut menekankan supaya hujah atau fakta perlu dicari bukan sekadar untuk mengukuhkan sesuatu pendapat, tetapi hujah yang menolak pendapat juga perlu dicari tersebut untuk mengelakkan confirmation bias. Formal fallacy pula misalnya membantu menilai sesuatu kesimpulan berdasarkan struktur( form) hujah dan informal fallacy membantu dalam mengenal pasti kesahihan isi hujah. Untuk mereka yang selalu terdedah dengan internet terutama media atas talian, media sosial, dan blog, saya rasa amat penting untuk sekurang-kurangnya menguasai asas kemahiran logik.

     Kebanjiran maklumat dan teknologi internet terdapat banyak sisi hitam dan putihnya. Sekalipun artikel ini tidak menggariskan sisi positif kebanjiran maklumat dan internet tidak bermaksud ianya tidak wujud atau tidak penting. Artikel ini membiarkan artikel atau buku lain untuk mengetengahkan atau mengemukakan kajian tentang kesan positif dan kesan negatif selain daripada yang yang tertulis di atas. Bacaan lanjut berkenaan topik ini sangat digalakkan.




















Jumaat, 1 April 2016

Generasi


[Tulisan cerpen pendek ini adalah hasil rekaan penulis semata-mata. Namun begitu, perbualan antara Naruto dan Boruto turut diselitkan dengan maklumat dan sejarah sebenar yang berlaku dalam dunia Naruto ciptaan mangaka Masashi Kishimoto]



“Bunshin no jutsu!” jerit Boruto sambil matanya terpejam dan kedua tapak tangan dirapatkan membentuk jurus.

Hasil?
Hanya satu sahaja klon yang berjaya terhasil. Itupun warnanya putih. Dan hanya terbaring lesu di tanah.

“Hahaha!” Naruto tertawa besar sambil kedua tangannya diletakkan di atas perut, menahan gelak. Tak dapat menahan diri melihat telatah anaknya itu.

“Ayah tak perlulah ketawa sampai macam tu!” cebik Boruto sambil pipi kanannya dikembungkan tanda merajuk.

“Iyalah, ayah minta maaf,” pujuk Naruto.

Ukiran wajah Naruto dengan contengan dek kenakalan Boruto.
 
Bukan mudah untuk Naruto punya masa lapang sebegini. Sejak menjadi Hokage kampung Konoha, saban waktunya sentiasa sahaja sibuk. Banyak perkara kini menjadi tanggungjawab penuh Naruto selaku orang paling penting Konoha. Menghadiri mesyuarat, menjaga keselamatan Konoha serta mengagihkan tugasan misi bagi ninja di setiap tahap sudah menjadi rutin hariannya.

Dan sebab itu, jarang sekali Naruto mempunyai masa untuk diluangkan bersama anak-anaknya. Mujur hari ini dia dapat mencuri sedikit waktu pada petang sebegini memandangkan banyak tugasan sudah pun selesai.

Anak sulungnya, Boruto tidak lama lagi bakal menduduki peperiksaan untuk menamatkan pengajian di Akademi Ninja. Jadi hari ini dia menemani anaknya untuk berlatih. Tidak sangka walaupun sudah belasan tahun berlalu, syarat untuk lulus peperiksaan masih sama seperti dahulu. Iaitu harus berjaya menghasilkan sekurang-kurangnya tiga klon menggunakan teknik bunshin no jutsu. Sedangkan Naruto dahulunya semasa hari peperiksaan gagal dengan hasil yang sama seperti apa yang baru dilakukan Boruto tadi. Itu yang membuatnya tidak tahan ketawa. Terus sahaja terkenang zaman kanak-kanaknya sendiri.
 “Tahulah ayah ninja yang hebat, Hokage malah. Senang sahaja mahu kawal chakra untuk hasilkan klon,” cebik Boruto lagi. Kali ini kedua pipinya pula dikembungkan.

‘Ah, tak habis lagi rajuk anak aku ni rupanya,’ fikir Naruto sendirian.

Boruto, tidak puas hati.
Anaknya ini, sebenarnya tidak jauh keletah dan perangainya seperti Naruto semasa kecil dahulu. Sentiasa sahaja mahukan perhatian. Pernah dahulu Boruto mengecat ukiran para Hokage, sama sepertinya ketika kecil. Sekilas pandang, seolahnya sama. Namun Naruto tahu, perhatian yang dipinta dari Boruto sedikit berbeza dari perhatian yang dia mahukan dulu.

Naruto, memang sejak kecil lagi tidak punya ahli keluarga. Sebatang kara. Tidak ada hubungan perasaan yang mendalam terhadap orang keliling. Ya, Iruka terkecuali. Namun, hubungan guru-murid pasti berbeza dengan hubungan ayah-anak. Boruto sangat menghormati dan mahukan perhatian ayahnya yang selalu ditenggelami kesibukan kerja. Barangkali cemburu melihat kawan-kawan lain yang sentiasa sahaja punya ayah di sisi untuk teman bermain. Jadilah dia selalu sahaja beraksi nakal semata-mata mahukan perhatian Naruto.

“Boruto, yang kamu nampak di hadapan kamu sekarang ini hanyalah produk akhir. Dari kecil sampailah ke hari ini, banyak yang telah ayah lalui yang membentuk siapa ayah sekarang. Itupun, ayah rasa masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajari dan diterokai,” ujar Naruto menasihati.

“Ayah ni, berfalsafah pula. Boruto tengah nak berlatih teknik bunshin no jutsu je pun, bukannya tanya tentang persoalan kehidupan,” dengus Boruto.

“Akademi Ninja ini pun satu hal. Kenapa perlu ada peperiksaan semua ni? Kenapa kami semua tidak boleh terus sahaja melangkah ke dunia pertarungan ninja? Sudahlah guna peperiksaan yang sama setiap tahun. Bukankah tidak adil kalau memang ada yang tidak boleh guna teknik ini dengan baik? Senang-senang sahaja pihak akademi tahan dari graduasi dan harus mengulang pula setahun lagi. Boruto pandai bertarung, pandai juga menggunakan shuriken dan selalu sahaja menang apabila berlawan sesama rakan sekelas,“ rungut Boruto panjang lebar.

“Kawan-kawan lain pula asyik ejek Boruto atas kelemahan tidak dapat menguasai teknik bunshin yang mudah ini sedangkan Boruto ini anak Hokage,” sambung Boruto dengan nada suara yang perlahan, kepalanya sedikit menunduk.

Naruto merenung anaknya sejenak. Cuba memahami perasaan Boruto sambil otaknya ligat merangka jawapan balas yang terbaik.

Naruto memulakan bicara, “Kamu tahu, Boruto,” sambil menyusun kata dalam kotak fikirannya.

“Manusia itu, tidak dicipta untuk mampu buat semua benda. Manusia yang serba-serbi hebat memang tidak wujud. Sebab itu kamu ada nakama, teman seperjuangan yang boleh bantu menampung kelemahan diri kamu. Tapi, manusia juga tidak dicipta untuk mengaku kalah dan berputus asa hanya kerana percubaan di peringkat awal tidak membuahkan hasil.”

“Tapi Boruto dah cuba, dan dah berlatih banyak kali,” Boruto mencelah.

“Apa definisi banyak kali bagi kamu itu sebenarnya? Ayah tahu kamu ni senang menguasai teknik pertarungan dan cepat belajar. Jadi bila kamu berhadapan dengan teknik yang susah, yang tidak dapat kamu kuasai di peringkat awal seperti mana kamu kuasai teknik lain, kamu sudah putus asa. Begitu bukan?”
Boruto senyap. Tidak mengeluarkan sebarang suara. Sambil anak matanya mengelak pandangan tajam ayahnya. Reaksi yang mengiyakan kata-kata Naruto sebentar tadi.

“Boruto, kamu tahu bagaimana kampung Konoha ini terbentuk?” tanya Naruto tiba-tiba. Sengaja dia menukar topik perbualan melihatkan wajah Boruto yang berubah kelat.

“Err, kalau dari kelas sejarah dahulu, Konohamaru-sensei kata, Konoha mula terbentuk bilamana puak-puak yang selalu berperang di kawasan ini dahulu mencapai kata sepakat untuk berhenti berperang,” kata Boruto sedikit teragak-agak.

Boruto memang tidak menggemari subjek Sejarah. Baginya, entah apa kepentingan di masa sekarang dan hadapan untuk mengetahui tarikh-tarikh silam, cerita orang tua atau yang sudah mati, yang tiada kaitan dengan dirinya bahkan dipenuhi catatan kronologi yang kompleks dan rumit. Membosankan sungguh. Walaupun soalan ayahnya dijawab, Boruto sebenarnya tertanya sendiri mengapa tiba-tiba sahaja ayahnya melontarkan pertanyaan yang tiada kaitan dengan perbualan mereka.

“Dan siapa tokoh yang bertanggungjawab merealisasikan pembentukan Konoha tu?” tanya Naruto lagi.

“Err. Yang dua ukiran di ‘Valley of The End’ itu kalau tak silap?” Boruto mengagak.

“Betul, siapa nama mereka?”

“Emm. Senju dan Uchiha. Senju Hashirama dan Uchiha Madara?”

Ukiran Uchiha Madara dan Senju Hashirama di Valley of The End.
 
“Betul. Dahulu, Konoha tidak wujud. Puak-puak saling berbunuhan. Dan ketika itu, dua puak yang paling kuat adalah puak Uchiha dan puak Senju. Bilamana kedua-dua ketua puak ini mencapai kata sepakat untuk berhenti berperang sesama mereka, puak-puak lain pun ikut sama. Kemudian Hokage pertama pun dilantik dan tertubuhlah Konoha. Itu yang kamu belajar di akademi bukan?” tanya Naruto.

Boruto mengangguk perlahan. Sambil otaknya cuba mengingat kembali isi kelas sejarahnya dahulu.

“Tapi kamu tahu atau tidak bahawa rancangan untuk penubuhan kampung sudah jauh lebih lama dibincangkan? Atau lebih tepat lagi, diangan-angankan? Yang di angankan itu akhirnya menjadi kenyataan. Keamanan yang kita dapat hari ini, adalah buah dari tanaman angan-angannya itu. Menarik bukan? Mimpi jadi realiti?”

“Hmm. Entahlah, biasa sahaja.”

‘Budak-budak zaman sekarang. Sudah dapat keamanan, terus tidak dapat merasai perasaan hidup dalam ketakutan situasi berperang. Benarlah kata orang, bila sudah merasai kesenangan, memang tidak terlintas di fikiran kemungkinan hidup susah,’ bisik Naruto dalam hati.

“Sebelum Konoha wujud, semua puak saling berbunuhan. Pertarungan paling sengit ketika itu adalah antara puak Uchiha dan Senju. Siapa tahu rupa-rupanya, Senju Hashirama dan Uchiha Madara semasa kecil sudah saling berkenalan. Selalu berjumpa untuk sama-sama berlatih. Juga berbual soal masa depan. Pada awal perkenalan, masing-masing menyembunyikan nama keluarga. Supaya tak mahu timbul ketegangan. Namun sepanjang persahabatan, mereka dapat meneka juga, walaupun saling merahsiakan,” ujar Naruto tenang.

“Dan pada masa itulah, ketika zaman di mana tidak wujud walau secebis kemungkinan untuk mencipta keamanan, mereka berbual tentang cita-cita dan harapan. Perbualan anak remaja belasan tahun, yang barangkali keanak-anakan dan tidak berpijak di bumi nyata. Yang barangkali terlalu idealistik sekiranya mahu dibandingkan dengan dunia yang mereka hadapi. Sesekali bicara mereka seputar cadangan pembentukan akademi ninja. Dengan matlamat tidak mahu lagi anak kecil saling berbunuhan. Ada masanya mereka berbual tentang idea penubuhan kampung usai tamat peperangan. Idea-idea utopia yang tiada orang lain selain mereka percaya bahawa ia mampu direalisasikan.”
 
Uchiha Madara dan Senju Hashirama ketika kecil.
“Dan hari ini, apa yang kelihatannya seolah-olah utopia pada masa itu, kini sudahpun menjadi realiti. Konoha hari ini wujud hasil angan-angan mereka ketika kecil dahulu. Boruto, kamu faham apa yang ayah cuba sampaikan?”

“Err, faham sedikit,” jawab Boruto dengan raut wajah sedikit keliru.

‘Ah. Anak aku ini kecil lagi. Entah apalah yang aku harapkan. Aku juga sewaktu seusianya, lambat sahaja menangkap perihal-perihal sebegini.’

“Mudahnya begini Boruto. Apa yang kamu cita-citakan sekarang, di usia kamu yang masih sangat muda, kalaupun ia nampak tidak masuk akal atau seakan mustahil, tapi kalau betul kamu tekad dan sungguh-sungguh, ia benar akan terjadi. Kerana tiada apa yang mustahil, bilamana kamu benar-benar usaha dan diiringi kuasa percaya,” sambung Naruto.
Boruto diam. Sambil kakinya mengais-ngais tanah barangkali memikirkan kebenaran kata-kata ayahnya. Namun, ada secebis keraguan terpamer di raut wajahnya.

Naruto bingkas bangun lalu menepuk belakang tubuh Boruto.

“Bunshin no jutsu!” jerit Naruto. Sambil puluhan klon berjaya dihasilkan.

“Mari, Boruto. Kita berlatih bersama-sama,” suara Naruto sedikit memujuk.

Boruto menuruti dengan acuh tak acuh. Dia mengulang teknik tadi, namun hasilnya masih sama seperti awal. Setelah percubaan yang entah keberapa kali, Boruto berhenti lalu memandang hampa ke arah Naruto.

Naruto tersenyum lalu berkata, “Boruto, ayah ada satu rahsia.”

“Apa dia?” Boruto mengharapkan ilmu tambahan yang dapat membantu latihannya.

“Masa ayah di akademi dahulu, ada seorang budak semasa hari peperiksaan hasilkan klon sama macam kamu buat tadi. Tu yang ayah tergelak bila teringat.”

“Oh. Sebab tu ayah gelak kuat tadi?”

“Tak. Ah, yang buat ayah tergelak tu, kau tahu siapa budak tu?”

“Siapa?”

“Dia, Hokage ketujuh Konoha,” Naruto tersenyum.

Boruto terdiam. Terkejut. Wajahnya dipenuhi riak tidak percaya, tertanya sama ada ayahnya sekadar bergurau atau serius.

Naruto mengangguk dengan segaris senyum di bibir.

“Jadi maknanya, Boruto masih ada harapan lah untuk jadi ninja yang hebat?”

“Mestilah. Kamu kan anak ayah.”
 
“Baik! Kalau begitu Boruto mahu berlatih! Mahu jadi hebat seperti ayah!”
kata Boruto bersemangat dan terus menyambung latihan mengawal chakra untuk menguasai teknik bunshin.

‘Boruto. Ayah sebolehnya tidak mahu kamu jadi seperti ayah.
Ayah mahu kamu jadi jauh lebih hebat dari ayah.’

Mata Naruto terhala ke arah ukiran Hokage di gunung seberang.

Ukiran wajah para Hokage Konoha.

Dulu semasa hanya ada empat ukiran, ukiran-ukiran itu sentiasa saja menjadi mangsa kenakalan bahan contengannya semasa kecil.
Kini ukiran itu sudah bertambah. Sudah ada tujuh.
Dan yang ketujuh adalah ukiran wajahnya sendiri.

Dia tahu maksud disebalik ukiran itu.
Bukan simbol status. Bukan juga simbol kemegahan.
Tapi simbol pelindung.
Simbol bahawa seorang Hokage itu tanggungjawabnya ialah melindungi.
Melindungi Konoha, dan seluruh isinya.
Matanya terhala pula pada Boruto.

Aku tidak tahu selama mana keamanan Konoha hari ini akan mampu kekal.
Kerana aku sama sekali tidak dapat membaca masa depan.
Yang aku mampu, hanyalah mendidik, dan berharap pada kalian, generasi baru.
Yang bakal menentu hala tuju, pada masa dan ketika, yang  barangkali aku sudah tua dan tidak bermaya. Atau boleh sahaja, aku sudah tidak ada lagi di dunia ini.

Segala harapan dan impian,
kini terletak di tangan kalian.

Generasi baru.

*****
Senju Hashirama & Uchiha Madara.

“Masalahnya, bagaimana kita mahu mengubah sesuatu secara konkrit?
Aku tak dapat lihat secara jelas bagaimana masa hadapan nanti.”

“Pertamanya, kau mesti berpegang kepada ideal kau. Dan menjadi lebih kuat.
Kerana jika kau lemah, tiada orang yang akan mendengar apa yang kau kata.”

[Naruto: Bab 623]

*****

Jumaat, 1 Januari 2016

SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN #THROWBACKBJJ 2015

Ribuan terima kasih kepada semua peserta yang menyertai pertandingan ini dan juga kepada pengundi di Facebook. Mengikut undian tertinggi, berikut adalah senarai pemenang tempat pertama hingga ketiga dan enam hadiah saguhati. Tahniah diucapkan kepada semua! 

JOHAN   
 

 “The sun was shining like a gigantic diamond in the sky. It was a beautiful day, the day one would never want to sit at home. Spending time with their loved ones, enjoying the weather, almost everyone was with a broad smile on their faces. Not forgetting the colourful gelatos they gracefully held in their hands. The sight was pleasant to watch and even better to capture. Hence, I began experimenting with my Canon. I was lucky enough to capture the happiness of this little girl, running after a pigeon. For me, the best photography is to capture the different feelings of people, especially when they are happy! However, this one photo struck a deep thought in me as I was flipping through my photo album. I am sure it is something we could all relate to. The definition of happiness at different stages of our lives. Back then when we were still a child, a pigeon is all we need to crave a beautiful smile on our faces. However, somewhere along the process of growing up, we have forgotten to appreciate these small things in life. We tend to strive to our destination, forgetting to enjoy the journey towards the destination. We focus more on our problems, not realizing that they are simply passing clouds of our lives. Sometimes all we need to do is to spread our arms, and simply appreciate the small things in our lives, for that the next moment is never a promise…”
Photo taken in Valencia, Spain
- Vinod Surendiram - 


NAIB JOHAN

 This is us during our first trip to London in 2010. This was the younger version of us. Look how Amir(left side) and Acap(right side) was so awkwardly trying to pose like we were walking. It was meant to be like a candid-paparazzi type of photo. It became somehow like a marching photo. Haha. Look how long was our hair back then. How slim and how 'stylish' Acap's flower print pants. Amir with the 'M' hair style. Me with an orange striking armwatch. How young and stress free of us. Now both of them are no longer with me. They left me alone here in Germany. They are already back for good. Starting their new chapter of life. Amir is already insyaAllah a father-to-be. Asyraf is looking for a job. You will be shocked on how different we are now. To my two bestfriends, hope life is treating you good.
- zil -

TEMPAT KETIGA


Stesen minyak di sebelah sungai itu menandakan kami sudah berada di Poland. Aku pun tak pasti kenapa kami begitu gembira. Mungkin kerana ini adalah kali pertama kami menjejakkan kaki ke negara orang setelah datang ke Jerman.

Merenung kembali saat kami melintasi sempadan itu, seolah tiada apa makna pun sebenarnya. Dengan hanya satu langkah, dengan rasminya kami berada di negara yang lain. Apakah makna sempadan negara sebenarnya?

Jika dilihat sempadan Belgium-Belanda di Baarle-Nassau, seolah tiada makna pun semua sempadan buatan manusia itu. Pintu depan rumah di Belgium, pintu belakang di Belanda.

Tapi mengapa, mengapa ramai pula yang dihalang ketika mahu mencari keselamatan dari huru-huru negara yang bergolak? Sempadan fizikal buatan manusia yang selama ini terbuka luas tiba-tiba ditutup rapat, dengan askar lengkap bersenjata.

Birokrasi. Kemanusiaan. Semua orang hanya mampu memikirkan hal diri sendiri.

"Ich sehe nur Menschen, keine Nationen."

Sempadan Jerman-Poland di Zittau, Sachsen.
- MA -

HADIAH SAGUHATI

 
„kata-kata adalah cinta, walaupun ia saling tidak mampu mengungkapkan.“

bukankah daripada kita, mereka yang sentiasa mahukan hidup kita berakhir dengan cara paling indah yang boleh diungkap dengan kata?

sesuatu yang kita sendiri tidak dapat bayangkan, apatah lagi luahkan.

dunia buku, dan realiti. dunia kata, dan nyata. bukankah kedua-duanya berbeza?

tetapi…

bukankah daripada sintaks, kita memahami keperluan untuk tidak menyatakan segala?
bukankah di sebalik kata: keterujaan, nilai, nuansa dan dialog? bukankah penghujung kata, kita masih bukan di hujung dunia?
bukankah bersama setiap kerumitan, kita sentiasa dibawa menuju kemuncak: sesuatu yang kita cari?
bukankah walaupun setiap perkara harus datang ke penghujung, boleh sahaja ditulis satu sequel tambahan (bahkan melampaui hakikat selama mana kedua-duanya bakal terpisah)?
bukankah dengannya kita boleh kembali lagi ke titik mula, dan masih jadi watak utama?
bukankah dalam susun cerita, harus ada watak antagonis? atau, babak perumitan?

mengapa takutkan apa yang bukan-bukan?

tidak ubah seperti digambarkan, manusia, sebagaimana watak-watak fiksyen, berkembang. tapi alam keliling juga begitu: termasuk diri sendiri. tiada apa-apa yang pelik, dan perlu dihairankan. (sebaliknya, tidak berkembang patut menjadi kepelikan.)

kita terbebas dari dunia saat menghayati kata. mungkin untuk beberapa ketika yang panjang. tapi kita akan sentiasa kembali, kepada dakapan dunia.
kita bercakap-cakap, berbicara soal buku, seperti ianya realiti, walaupun ia sekadar sementara. kadang-kadang sekadar bayangan realiti penulis, yang banyak kali juga tidak wujud.

kita akan mahu jalan cerita yang indah-indah semata kalau kita tidak memahami buku. bahawa jalan hidup tidak harus tertulis secara monotoni: ia penerimaan tawaran untuk warna-warni hidup yang tidak terbayang.

monotoni kata adalah sesuatu yang tidak layak untuk manusia pembaca.
- aabeds -


 Turki - Pencuri Hati
      Cappadocia, sebuah tempat di Turki yang memiliki bentuk muka bumi yang sangat mengagumkan. Semasa kami tiba, rupanya hari sebelumnya Cappadocia baru sahaja mengalami salji tebal dan pada hari berikutnya cuaca kembali cerah dan yang kelihatan hanyalah sisa-sisa salji. Bagi mereka yang mengalami suasana negara beriklim empat musim, pastinya sudah terbiasa dengan 'kegilaan' cuaca. Pukul 9 pagi langit terang disinar cahaya mentari, dan sejam kemudian cuaca tiba-tiba bertukar kelam dan suhu boleh jatuh mencecah hampir 0 darjah! Menuntut di negara yang majoriti beragama Kristian pastinya menyebabkan kami kehilangan sebentar suasana negara Islam - masjid setiap 400m, azan setiap kali masuk waktu, hidangan makanan halal di restoran dan lain-lain lagi. Dan Turki memberi kami peluang untuk menikmati semula kehilangan ini dan 'melarikan diri ' sebentar daripada segala tekanan di negara pak cik misai kontot. Syukur kerana kedatangan kami ke Turki menaikkan kembali roh Islam di dalam diri. Tapi walau apa pun cabaran dan tekanan di negara pengeluar BMW ini, Jerman tak pernah gagal mengajar kami nilai kehidupan. Deutschland, wir lieben dich!
Lokasi gambar : Ilhara Valley Cappadocia, Turkey.
- Blue Mosque -

 Oktober 2015, engkau pergi tanpa pesan. Aku berjalan sendirian di tepi sungai mengenang kembali saat-saat pertemuan. Bait sajak kegemaran muncul di ingatan:

"Aku ingin ke suatu tempat dan menulis puisi

Sebab hatiku kini tak lagi kumiliki

Purnama yang jauh dalam genggaman Kupeluk erat demi ketenangan

Aku berjalan-jalan sendirian

Malam semakin malam

Tangis demi tangis meredam

Betapa panjang ujung pencarian

Betapa dalam kasih yang terlupakan

Aku menemukan matamu

Di sela-sela angin yang bisu

Sebuah kepastian

Yang berwujud senyum kematian

Aku ingin memeluk cintamu

Dan meninggalkan rindu yang manis untuk sarapanmu

Tapi kau tak kembali

Kau bahkan melupakan daun-daun

Yang gugur dari pohon yang kau tanam sendiri

Di hati ini

Sudah berapa lamakah musim berubah

Aku mengais sekumpulan harapan

Yang berwarna hitam dan berbau kiamat

Tiada lagi yang dapat kupercaya

Akalku entah kau sembunyikan di mana

Di sinilah aku duduk dan melukismu"

Kucari kamu di setiap malam, di setiap ruang.

Kecari kamu, kutemui Dia...
- HM -


At one point in life, I had to rethink about a lot of things that I used to take for granted. Having done this, I wanted to share my experience with a friend and so one day I met him to discuss with him the changes that I’ve had. We went to Tübingen, I came from the south and he from the north. It was a chilly but bright day in March. We had our discussion as we walked in the university’s orchard, most of whose trees and shrubs were then still leafless after the winter. This same university is where Johannes Kepler spent his time as a student. I have a great deal of respect and admiration for Kepler for his contributions in the fields of mathematics and astronomy. This picture was taken at the market square in the old town of Tübingen.
- Shakir Zainuddin -


 Notre dame di waktu malam
Masih ingatkah kisah Quasimodo, si bongkok huduh pemukul loceng gereja Notre Dame? Wajahnya buruk sekali sehinggakan semua orang tak suka dia kecuali Claude Frollo, minister di gereja Notre Dame. Dia yang kemudiannya memungut Quasimodo sewaktu masih kecil dan membesarkannya. Di gereja tersebutlah si Quasimodo ditugaskan oleh bapa angkatnya untuk memukul loceng sehingga tuli jadinya. Sewaktu festival di Paris yang masih kucar kacir, terjadilah sesuatu yang melibatkan seorang gadis gipsi yang cantik(Esmeralda)... 

Notre Dame de Paris atau Our Lady of Paris memang sebuah monumen yang terkenal di Eropah dan bangunannya yang ala-ala gothic dikatakan menjadi inspirasi kepada pembinaan gereja-gereja lain di Eropah. Penulis membuat keputusan untuk melawatnya selepas seorang sahabat mengingatkan penulis tentang kisah si Quasimodo lalu mengajak penulis ikut bersama.
Gambar diambil dari muka depan gereja Notre Dame,1/1/2015
- missykf -

"Grow old with me, will you?"

"Sure do."

The above is a short dialogue that I remembered from a novel written by Hlovate. A simple question asked by the heroine of the story to the male lead role, just after they got married.

At the time of reading, I was around 17, 18 years of old. The dialogue doesn't really leave a deep impression on me. Being the kind of an ordinary teenager, I simply read to enjoy the romantic-comedy part of the novel. To laugh when the story gets funny, and to simply enjoy the storyline. Nothing is really so deep that it gets me into thinking of a certain matter deeply. But now, thinking about it again, I realized this is actually a pretty big deal.

We’re living at a time where marriage institution isn’t like what it is in the past.

“He wasn’t meant for me.”

“I don’t know. We just don’t have that kind of chemistry anymore.”

These lines of words keep appearing as excuses to end a relationship. Divorces are rapidly becoming the norm. A number of times over trivial matters that is unthinkable to simply be the reason. People get easily bored with their partner. Our modern age is a time where patience and loyalty are no longer the main pillars of a household.

But then, seeing old couples, simply spending their time together, gives me hope.
That long-lasting relationship still exists.
And hopefully, will still be.

Radolfzell, January 2013
- Zeitgeist -

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...