Halaman

Memaparkan catatan dengan label linguistik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label linguistik. Papar semua catatan

Rabu, 29 Oktober 2014

Kelahiran bahasa isyarat Nicaragua


Bahasa isyarat Nicaragua yang dinamakan Idioma de Señas de Nicaragua (ISN) ialah satu bahasa yang agak baru. Ia tidak wujud sebelum 1980. Sebelum revolusi yang berlaku di Nicaragua pada tahun 1979, kanak-kanak pekak Nicaragua hidup terasing daripada mereka yang mempunyai kekurangan yang sama. Kerana ketiadaan hubungan antara satu sama lain, populasi pekak Nicaragua tidak mempunyai kondisi yang sesuai bagi membenarkan perkembangan bahasa isyarat yang tersendiri.

Setelah revolusi tersebut, Nicaragua melihat kelahiran bahasa isyaratnya yang pertama. Kerajaan Nicaragua akhirnya mengambil langkah untuk memperbaik kualiti kehidupan populasi pekak. Pada tahun 1980, sebuah sekolah bernama Villa Libertad telah ditubuhkan di Managua untuk mengajar kanak-kanak pekak untuk membaca bibir dan bercakap bahasa Sepanyol (bahasa rasmi Nicaragua). Akan tetapi, hasilnya tidak seperti yang dimahukan. Cubaan untuk memaksa kanak-kanak ini untuk bercakap menggunakan sistem yang asing ini gagal, kerana mereka gagal untuk memahami konsep-konsep yang mendasari perkataan-perkataan Sepanyol. Keadaan tidak dibantu oleh komunikasi yang sangat terhad antara murid dan guru, yang hanya mengisyarat menggunakan sistem ejaan untuk mengeja perkataan-perkataan Sepanyol.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...