Halaman

Rabu, 29 Oktober 2014

Bacalah...

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang.

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan."

Membaca adalah perkara yang paling dibenci oleh orang yang malas. Kerana apa ? Kerana hanya orang yang rajin dan berjiwa besar sahaja yang mampu meletakkan pandangannya ke atas helaian kertas asli ataupun kertas elektronik.

Dengan pembacaan maka bertambah luaslah Ilmu di dada serta bertambah cantik pulalah corak pemikiran dan daya analisa kita terhadap sesuatu perkara. Tidak hairan jika anda pergi ke negara maju anda akan melihat rakyatnya sangat mesra dengan apa jua jenis bahan bacaan.

Bangsa membaca bangsa berjaya!

Sebagai contoh, penulis yang kini berada di German turut sangat terkesan dengan budaya cinta Ilmu dari negara yang berteknologi tinggi ini. Di sini mereka punyai kedai buku yang sangat meriah dan seronok untuk dikunjungi. Terdapat tempat untuk pelanggan membaca, dan terdapat juga gerai kecil menjual minuman di dalam kedai buku tersebut!


Dan jika anda menaiki kereta api di negara ini, anda akan disediakan buku bacaan yang ditukar secara bulanan. Nampak mudah, tapi itu menunjukkan bahawasanya mereka sangat membudayakan cinta Ilmu.

"Satu peluru hanya dapat menembusi satu kepala, namun satu tulisan dapat menembusi ribuan, malah jutaan kepala." - As-Syahid Syed Qutb

Kami sebagai pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di German telah menubuhkan gagasan yang tampak kecil di luarnya namun sebesar gunung matlamat dan impiannya. Kami telah menubuhkan BJJ iaitu Buku Jalanan Jerman bagi mencetus inspirasi kepada pelajar di luar negara untuk mengaut segala Ilmu yang ada serta menggalakkan diskusi sesama ahli bagi menjana pemikiran yang kreatif serta berdaya saing.

Blog ini juga ditubuhkan bagi memberi peluang kepada ahli untuk menulis dan memberikan pandangan serta pemikiran masing-masing. Ahli-ahli disyaratkan untuk banyakkan membaca terlebih dahulu sebelum mula menulis.

Semoga usaha kita ini semua diberkati Allah.

InsyaAllah.

Gambar bersama Murabbi Ustaz Affuan Che Mansor


Rush Sina, 31.3.2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...