Hari ini kita
hidup berkiblatkan barat. Susah untuk diakui tetapi itulah hakikatnya. Dahulu
kita di puncak tapi kini mereka berkuasa. Hinggakan yang milik kita sebenar
yakni jalan dan cara hidup kita yang sebenar pun terkadang malu untuk
diimplimentasikan.
Hari ini jika
keluar berjalan, kita akan lihat budaya yang tidak baik itu perkara biasa malah
terkadang diagung-agungkan. Pakaian yang menjolok mata itu lebih normal
berbanding dengan pakaian yang menyelubung. Kalau boleh sehelai benang itu jauh
lebih bagus untuk dipakai berbanding sehelai kain.
Apa kaitan yang
saya ceritakan ini dengan tajuk kita? Ya, ada kaitan sebenarnya. Sangat dekat.
* * *
A dilahirkan pada tahun sekian sekian. Kelahirannya disambut dengan
tangisan gembira. Ibu bapa mana yang tidak gembira bilamana direzekikan cahaya
mata. A kemudian sudah pandai merangkak dan seterusnya berjalan. Setiap detik
berharga itu dirakamkan oleh ibu bapanya untuk dimuat naik ke laman sosial,
agar bilangan like bertambah.
Memandangkan A adalah satu-satunya anak yang dimiliki oleh ibu bapanya,
maka pendidikannya diberi perhatian yang amat tinggi. Jika guru kelas
tambahannya sakit, maka ibu bapanyalah yang akan jadi gurunya. Walau A masih di
bangku sekolah rendah, ibu bapanya telah mendidik A supaya bukan sahaja pandai,
malah hebat dalam bidang sukan dan bidang kesenian. Maka bolehlah ibu bapanya
berbangga dengan adik beradik mahupun saudara-mara mereka yang lain.
Hasilnya,
seperti pepatah arab yang ada menyebut :
“Sesiapa yang bercucuk-tanam, dia yang akan menuainya.”
Maka A menjadi terkenal sebagai pelajar yang hebat hinggalah dia melangkah kaki ke alam universiti yang bertempat di luar negara. Dia disegani hinggakan pensyarah yang mengajarnya pun mahu berhenti, dek kerana terasa malu dengan A apabila dia sering diperbetulkan ketika mengajar di dalam dewan kuliah.
Begitulah hebatnya kehidupan A. Kekasih? Tidak
perlu cerita. Mana-mana tempat dia pergi pasti ada yang tidak tahu malu berdamping
dengannya. Mahu belajar
kononnya. Maka ditakdirkan suatu hari A pun bertemu dengan teman hidup.
Akhirnya mereka pun berkahwin. Maka status
Facebook A ditukar dari single kepada
married.
Kehebatan A tidak berhenti setakat itu. Dia banyak menempa nama di
peringakat Dunia dengan penemuan-penemuan baru yang dijumpainya. Hinggakan nama
beliau disebatikan kepada teori yang diguna pakai hingga ke hari ini dengan
nama 'Prinsip A'. Maka mulalah ramai orang mengagumi kehebatan beliau. Banyak
buku-buku di pasaran mula menulis tentang teori-teori beliau mahupun
mengisarkan biografi hidup beliau tentang kisah hidupnnya sejak dari rahim
ibunya lagi.
Maka tiba suatu
masa yang ditakdirkan, A pun mati. Maka berkabunglah seluruh rakyat negaranya,
walau dia bukan raja, dek kerana terlalu hebatnya beliau. Walau sudah mati
sekalipun, para saintis mahu membedah siasat otak beliau untuk mengetahui
rahsia yang membuat beliau begitu bijak.
* *
*
Inilah realiti
hidup hari ini. Kita lihat orang sebegitu yang bijak dan hal ini diterima umum
yakni orang yang sebegitulah orang yang bijak. Bohonnglah tiada siapa yang mahu
menjadi seperti beliau. Yang sedang menulis ini pun teringin mahu menjadi
seperti itu.
Dari Shaddad ibn Aus r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa menghisab (memperbaiki) akan dirinya dan beramal dengan amalan yang akan dibawa selepas mati. Dan orang yang bodoh itu ialah orang yang sentiasa mengikut keinginan hawa nafsunya dan berangan-angan mendapat (pengampunan) Allah. (HR Tirmizi)
Maaf jika
penulis terlalu cepat jump into
conclusion. Tetapi inilah
kehidupan hari ini. Selepas A mati kemudian apa? Apa yang berlaku seterusnya?
Alangkah ruginya dia tidak menanam amal di dunia supaya di akhirat kelak dia
boleh menuai kerana kehidupan akhirat itu kekal selamanya sedangkan dunia ini
hanya tempat persinggahan. Sebagai orang Islam, kita wajib mempercayai adanya
kehidupan akhirat, hari di mana yang baik dan yang jahat mendapat balasan
seadil-adilnya.
Lihatlah setiap kejadian alam ini . Dari perkara yang sangat kecil hingga
ke alam semesta yang terbentang luas. Secara kebetulankah semuanya tercipta?
Maaf, saya tidak percaya pada kebetulan. Setiap yang berlaku pasti ada
hikmahnya. Andai nyamuk yang kecil itu pun mempunyai peranan dalam ekosistem
kita.
Maka bagaimana mahu menjadi orang bijak dalam erti kata yang sebenar? Maka
BACALAH! Mungkin ayat ini agak cliche
, tetapi memang hakikat sebagai seorang muslim Quran itulah sumber utama
kehidupan kita. Buku akademik kita boleh baca setebal-tebalnya, tapi Quran?
Jawab sendiri di dalam hati.
Kesimpulannya? Banyakkan membaca, insyaAllah minda akan jauh lebih terbuka,
maka kelak akan kita semua sedari hakikat kehidupan yang sebenar di dunia,
ampun salah dan silap dari pembaca, mana tahu lepas ini tidak bersua.
Gambar diambil dari Internet secara percuma. |
Rush Sina, 8.6.2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan