Rasa terpanggil
untuk menulis tulisan ini apabila membaca tajuk buku oleh Anas Alam Faizli,
yang bertajuk Rich Malaysia Poor Malaysians. Belum berkesempatan untuk membaca
bukunya, tapi tajuknya sahaja sudah mampu membuatkan diri ini tergerak untuk
mengemukakan beberapa buah pandang.
Rich Malaysia, Poor Malaysian tulisan Anas Alam Faizli. Kini antara buku yang terlaris di pasaran tempatan. |
Sebagai seorang
pelajar, yang masih punya sedikit tanggungjawab dalam hidup, saya selalu
merasakan, apalah sangat bebannya andai harga barang keperluan harian, tol dan
lain-lain naik 10 sen, 20 sen. Berapa puluh sen lah sangat. Tak ada beza mana
pun. Pemikiran saya, yang cukup simplistik, yang dipegang agak lama juga. Tapi
lain ceritanya kepada ibu bapa saya sendiri, serta orang awam yang berkeluarga
yang punya tanggungjawab menyara keluarga. Terasa beban, walau harga barang
yang naik tidaklah sedrastik mana. Namun, dalam jangka masa panjang, sakitnya
terasa.
Sebabnya
mengapa? Mudah. Gaji tidak naik, tetapi kos hidup sentiasa meningkat. Rakyat
golongan pertengahan dan miskin terutamanya, menanggung susah dan resaah.
Yang hairannya,
suatu ketika dahulu, semasa tahun 2012
kalau saya tidak salah ingat, ketika kerajaan membentangkan berkenaan
Program Transformasi Negara (Government Transformation Plan: GTP), terpampang
di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia, menyatakan jumlah pendapatan perkapita
rakyat Malaysia. Semestinya saya tidak ingat secara tepat jumlahnya, namun
begitu seingat saya, perasaan saya pada ketika itu agak terkejut kerana
nilainya saya kirakan bagi negara kita, agak tinggi. Walaupun akhbar ini
terkenal dengan berita-berita yang boleh disangkal kesahihannya, namun ini
adalah bukti kajian data dan statistik. Dan statistik semestinya tidak boleh
ditipu sewenangnya. Yang membuatkan saya tertanya-tanya, andai sebegini tinggi
pendapatan perkapita negara, mengapa isu gaji tidak naik-naik masih ada, dan
tidak pernah selesai?
Sebagai seorang
pelajar jurusan kejuruteraan, yang biasa melakukan pengiraan matematik, mudah
bagi saya untuk menghadam dan mempercayai laporan data dalam bentuk statistik
dengan angka-angka. Dan saya
juga percaya, statistik sama sekali tidak boleh menipu.
Tetapi statistik bukanlah jawapan mutlak kepada segala-galanya. Kerana
PROSES PENGIRAAN di sebalik paparan statistik itulah yang sebenarnya akan
membuktikan sejauh mana kebenarannya.
Contoh mudah,
berdasarkan pembacaan saya, dalam buku The Art of Thinking Clearly oleh Rolf
Dobelli, andaikan dalam sebuah bas di US, ada 50 orang penumpang. Dan setelah
dikira, purata pendapatan tahunan setiap seorang penumpang bas itu, katakanlah
40 ribu USD seorang. Dan sekarang, apa akan terjadi sekiranya Bill Gates
datang, sebagai penumpang ke-51 bas itu. Berapa purata baru? Secara common
sense dan simple logic, semua orang akan segera dapat mengira purata yang
tadinya 40 ribu boleh mendadak naik berkali-kali ganda. Hanya seorang Bill Gates,
tetapi efeknya pada semua.
Apa kaitannya
dengan Malaysia?
Mudah. Negara
kita kaya. Namun yang memegang sebahagian besar peratus kekayaan negara
hanyalah sebilangan kecil daripada penduduk Malaysia. Sangat-sangat sedikit.
Maka jadilah ia seperti kisah Bill Gates tadi. Dan menjawab persoalan yang saya
sendiri tertanya-tanya sejak sekian lama berkenaan jumlah pendapatan perkapita
negara tadi itu.
Monopoli.
Yang kaya makin
kaya. Yang miskin makin miskin. Jurang miskin-kaya kian melebar.
Dan rakyat, dikaburi dengan statistik dan data yang kelihatannya indah dan
manis di mata.
Moral: Hati-hati
apabila membaca statistik dan data. Bukan semua perkara boleh diterima dan
dipercayai bulat-bulat tanpa berfikir secara kritikal terlebih dahulu.
Stop for a
moment. Think, and be critical. And sometimes, being skeptical is necessary
too.
Kesimpulan
Artikel ringkas
ini, ingin saya akhiri dengan memetik ayat pertama dari buku Economics, The
Basics tulisan Tony Cleaver. Katanya:
“You cannot make a lot of sense of what goes on in the world without some knowledge of basic economics.”
Permasalahan isu
semasa kini, selain isu politik,
hubungan antara kaum, bencana alam, isu-isu keagamaan dan lain-lain,
antara isu utama yang biasa kita dengar dan baca adalah berkenaan isu ekonomi.
Sepertimana hangatnya isu GST baru-baru
ini. Terma dalam ekonomi itu sendiri pada kebanyakan masa, tidak difahami oleh
orang yang tidak ada asas tentangnya. Makanya, selalu terjadi bilamana kita gagal
memahami isu ekonomi secara betul, atas sebab kekangan yang ada.
Ekonomi punya
banyak perinciannya. Ya. Saya sendiri sedia maklum. Dengan bermacam jenis
sistemnya, percukaian, berkenaan hak pemilikan dan lain-lain. Rumit, susah, dan
membacanya memeningkan kepala. Apatah lagi cuba memahaminya. Namun begitu, saya
di sini, menyeru kepada anda semua, untuk sekurang-kurangnya, mengambil tahu
sedikit demi sedikit akan asas-asasnya. Antara saranan saya, buku teks ekonomi
yang mudah didapati di perpustakaan, meskipun tebal, tetapi bahagian
pendahuluannya sahaja biasanya sangat menarik untuk dibaca. Seronok bilamana
banyak terdapat 'Aha!'-factor.
Ilmu ekonomi,
meskipun hanya yang asas, akan sangat membantu anda dalam memahami tentang cara
manusia membuat pilihan, tahap relevan sesuatu polisi negara, dan banyak lagi
persoalan-persoalan yang lain. Anda seolahnya akan melihat dunia, dari perspektif yang jauh berbeza.
“That moment when you connect the dots between what you learn in class, what you see in the world, and what you read in books (not for class). That epiphany. That eureka moment. It's pure ecstasy. The joy of exploration and discovery.” -Aiman Azlan-
Selamat menempuh
perjalanan kehidupan dalam meneroka dunia ilmu pengetahuan yang maha luas ini!
Glosari
pendapatan perkapita:
Pendapatan
purata penduduk-penduduk dalam sebuah negara pada tahun tertentu. Pendapatan
per kapita bagi sesebuah negara diperoleh dengan membahagikan pendapatan negara
pada suatu tahun dengan jumlah penduduk dalam negara tersebut pada tahun yang
sama.
[Artikel ini
adalah artikel dengan sedikit suntingan sebagai penambahbaikan dari artikel
lama yang ditulis oleh penulis bertarikh 18 Disember 2013]
Putri Nurfariza,
2.5.2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan